Subhanallah..! Indahnya Suara dan Lagu SAUFA NABQO HUNA, Ketahui Makna Lirik & Sejarahnya..!



Mudhiatulfata.net - Syair yang begitu indah nan merdu dalam video yang dialunkan oleh sang pemuda bernama Rami Mohammad yang memiliki suara yang sungguh lunak, lembut dan nyaman didengar.

Mengenai lagu Saufa Nabqo Huna kali ini, sejarah asal tercipta dan melatarbelakangi lagu /nasyid ini adalah oleh Adil Al-Mesyetiy dari benua Afrika - Arab, yaitu negeri Libya.

Ketika itu ia pernah dipenjara kerana mempertahankan tanah air dan hak-hak rakyat di masa kemerdekaan negerinya. Dan ia merupakan seorang doktor dan juga ahli politik sehingga banyak pikiran-pikiran cemerlangnya diikuti orang-orang sekitarnya.

Tonton videonya yang cocok bagi Anda pecinta seni :


Berikut makna dari lirik lagu Saufa Nabqa Huna bermakna “kita akan terus berada di sini” :

"Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan

Negeri ku….negeri ku… negeri ku yang hebat
Negeri ku …negeri ku…negeri ku adalah aku
Biar pun wujud konspirasi & permusuhan
Kita terus berjuang menyebar kebaikan

Dan terus membangkitkan semangat juang
Untuk menuju ketinggian & meraih kemuliaan
Kita semua mesti bangkit
Dengan ubat & pena

Kita semua prihatin pada mereka yang menderita
Justeru kita meneruskan perjalanan
menuju tujuan yang lebih besar
Sehingga kita benar-benar

Menjadi ummat terbaik di dunia
Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini

Hingga muncul irama indah kehidupan
Berapa lama kita selalu berjaga malam
Tanpa tidur sampai pagi
Berapa banyak rintangan telah kita hadapi

Dan berapa banyak lembaran telah kita hafal
Berapa banyak lembah telah kita seberangi
Dan betapa banyak peluh yang bercucuran
Demi memburu kemuliaan & mencari ketinggian

Kita habiskan waktu yang sangat panjang
Menuntut ilmu pelbagai bangsa
Kita korbankan semua yang berharga
Agar dapat mewujudkan cita-cita

Bila rasa jemu datang kita tidak pedulikan
Dan terus berjalan mewujudkan harapan
Untuk mencapai puncak gunung memang mahal harganya
Kita akan terus berada di sini

Hingga hilang penderitaan kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan
Kemuliaan mu wahai ibu bapa ku
Telah mengajar ku erti kehidupan

Semua masalah yang dihadapi
Telah meninggalkan rasa prihatin
Sesungguhnya setiap apa yang telah kami perolehi,
Da adalah daripada mereka yang mulia

Ibu bapa ku yang telah membantu ku
Dengan sebaik-baiknya ketika aku menghadapi ujian
Kamulah yang mana mempunyai syurga di bawah tapak kaki
Setiap pertuturan lidahku, setiap terima kasih telah digadaikan

Kumpullah kesemua maksud daripada perkataan Arab
Dan bangsa lain tidak akan berhenti ucapan terima kasih pada mu
Dan tidak boleh diingkari kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan kita akan terus hidup di sini

Hingga muncul irama indah kehidupan,
Inilah kegembiraan keluarga ku
Tidak sama tidak boleh dikira
Ketika melihat keadaan ini (syahid)

Mereka tersenyum, mereka kegembiraan
Kegembiraan ku & jeritan ku
Seolah-olah yang pekak juga boleh mendengar
Wahai bintang-bintang langit

Wahai angin yang sepoi sepoi
Wahai awan-awan harapan
Wahai merpati Masjidil Haram
Wahai petir-petir musim dingin

Wahai seluruh manusia bersaksilah
Pada hari ini bahawa aku bersumpah setia
Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan

Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan" [ ]

No comments

Powered by Blogger.