Akidah Islam Mazhab Hambali : Allah Ada Tanpa Arah & Tempat, Tiada Yang Menyamai dengan Makhluknya


Kajian islam Ahlissunnah Waljamaah menurut ulama mazhab Imam Ahmad bin Hanbal (Hambali) selurus dengan ulama tauhidnya Abul Hasan Al-Asy'ari dan Abu Manshur Al-Maturiddi. Dijelaskan oleh Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata:

"Beliau (Imam Ahmad bin Hanbal) mengingkari mereka yang menyifatkan Tuhan dengan kejisiman. Beliau (Imam Ahmad) berkata: Sesungguhnya, nama-nama itu diambil daripada syariat dan bahasa. Adapun ahli bahasa (Arab) meletakkan nama tersebut -jisim- dengan maksud, sesuatu yang ada ukuran ketinggian, ukuran lebar, tersusun dengan beberapa anggota, mempunyai bentuk dan sebagainya. 
Sedangkan Allah di luar daripada yang demikian (tidak mempunyai cantuman, anggota dan sebagainya) Maka, tidak boleh dinamai Allah sebagai Jisim kerana Allah di luar (terkeluar dari) makna kejisiman (tidak beranggota, tiada ukuran, tiada bentuk dan sebagainya) dan syariat tidak pernah menyebut tentang perkara tersebut (penyamaan Dzat Allah dengan jisim) maka batallah (fahaman Tajsim atau Allah berjisim)".

Perhatikan video ini :

Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata:
"Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu `Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Syaibani bahawasanya beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang mensucikan Allah ta`ala daripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibnu Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah ta`ala) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan ke atas beliau".

Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata:

"Telah berkata –iaitu al-Imam Ahmad- pada menjelaskan tentang makna istawa iaitu ketinggian darjat dan keagungan-Nya. Allah ta`ala sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjat-Nya) sebelum Dia menciptakan `Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukan-Nya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istawa itu zat Allah ta`ala menyentuh `Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah ta`ala daripadanya (bertempat) setinggi-tinggi-Nya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan `Arasy dan setelah kejadian (terciptanya) `Arasy tersebut".

Maka sesungguhnya Abu Fadhl al-Tamimi, penghulu ulama` Hanabilah

Berdasarkan perkataan Imam Abu al-Fadhl al-Tamimi (ini, al-Imam Ahmad radiyallahu`anhu menafikan bagi Allah ta`ala sebarang makna-makna yang membawa kepada kelaziman-kelaziman jisim seperti berganggota, berukuran, mempunyai bentuk dan sebagainya.

Imam Ahmad bukan sekadar menolak fahaman Tajsim, tetapi diriwayatkan juga bahawasanya beliau mengkafirkan mereka yang berfahaman tajsim.

`Abd al-Wafa` `Ali Ibn `Aqil al-Baghdadi seorang Shayk al-Hanabilah pada zamannya (W. 513 H) seperti yang dinaqalkan daripadanya menerusi kitab al-Bazl al-Ashab:


"Allah Maha Suci dari mempunyai sifat mendiami tempat. Ini adalah diri pentajsiman".

Al-Hafiz `Abd al-Rahman ibn `Ali yang dikenali dengan nama Ibn al-Jawzi al-Hanbali (W. 597 H) berkata di dalam kitabnya Daf`u al-Syubahat al-Tasybih:


"Wajib ke atas kita agar beriktikad bahawa zat Allah taala tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak disifatkan dengan sebarang perubahan dan perpindahan". (aj)


No comments

Powered by Blogger.