Ulama-Ulama 4 Mazhab Sebut Kafir yang Mengatakan Tuhan Bertempat & Berarah
Bagi umat islam dimana pun berada tempatnya, harus
dapat mengetahui tauhid dengan sebenar-benarnya agar tidak mudah dipengaruhi
oleh berbagai ajaran sesat menyesatkan.
Mempelajari tauhid dan wujudnya Allah maka
tidak boleh hanya berdasarkan pada tex dalil (dalil naqli) saja tapi harus ada
dalil aqli mengetahui sifat-sifatNya
yang mustahil dan tidak serupa dengan semua makhluknya.
Awas .. tentu sangat berbahaya bagi umat
islam yang mengatakan dan meyakini Allah itu memiliki tempat tinggalnya di
sesuatu tempat, seperti di langit, di bumi atau di ka’bah, di gunung dan
sebagainya. Untuk itu oleh ulama-ulama empat mazhab telah menghukumi
orang-orang yang tersebut sebagai kafir.
Di antaranya oleh Al-Syeikh Shihab al-Din
Ahmad Ibn Muhammad al-Misri al-Syafi`e al-Asy`ari yang dikenali dengan nama Ibn
Hajar al-Haythami (W. 974 H) berkata [1]:
"وَاعْلَمْ أَنَّ الْقَرَافِيَّ وَغَيْرَهُ حَكَوْا عَنِ الشَّافِعِيِّ وَمَالِكٍ وَ أَحْمَدَ وَأَبِي حَنِيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ الْقَوْلَ بِكُفْرِ الْقَائِلِيْنَ بِالْجِهَةِ وَالتَّجْسِيْمِ وَهُمْ حَقِيْقُوْنَ بِذَلِكَ".
Maksudnya:
“Dan ketahuilah bahawa al-Qarafi dan selain
beliau telah menceritakan daripada al-Syafi`e, Malik, Ahmad dan Abu Hanifah
radiyallahu`anhum tentang pendapat kufurnya golongan yang berpendapat dengan
arah [tempat] dan tajsim (bagi Allah ta`ala), dan mereka (para imam mazhab tersebut)
pasti tentang perkara tersebut”.
Al-Syeikh Mulla `Ali al-Qari al-Hanafi (W.
1014 H) berkata lagi [2]:
"بَلْ قَالَ جَمْعٌ مِنْهُمْ - أَيْ مِنَ السَّلَفِ - وَمِنَ الْخَلَفِ إِنَّ مُعْتَقِدَ الْجِهَةِ كَافِرٌ كَمَا صَرَّحَ بِهِ الْعِرَاقِيُّ وَقَالَ: إِنَّهُ قَوْلٌ لأَبِي حَنِيْفَةَ وَمَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ وَ الأَشْعَرِيِّ وَالْبَاقِلانِيِّ".
Maksudnya:
“Bahkan sekumpulan daripada kalangan ulama
salaf dan ulama khalaf telah berkata bahawa orang yang beri`tiqad dengan adanya
arah bagi Allah adalah kafir seperti yang diterangkan oleh al-`Iraqi dengan
jelas iaitu dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah pendapat bagi Abu Hanifah,
Malik, al-Syafi`i, al-Asy`ari dan al-Baqillani”.
Al-Syeikh Mulla `Ali al-Qari al Hanafi
berkata lagi [3]:
"وَكَذَا مَنْ قَالَ بِأَنَّهُ سُبْحَانَهُ جِسْمٌ وَلَهُ مَكَانٌ وَيَمُرُّ عَلَيْهِ زَمَانٌ وَنَحْوُ ذَلِكَ كَافِرٌ حَيْثُ لَمْ تَثْبُتْ لَهُ حَقِيْقَةُ الإِيْمَانِ".
Maksudnya:
“Dan demikian juga orang yang berpendapat bahwa
Allah subhanahu itu suatu jisim, mempunyai suatu tempat, dilalui oleh suatu
masa dan seumpamanya adalah kafir yang hakikat iman tidak sabit baginya”.
Al-Shaykh Muhammad Zahid
al-Kawthari-Wakilul-Mashikhah al-Islamiyyah di negara Khilafah `Uthmaniyyah -
(W. 1371 H) berkata di dalam kitabnya Maqalat al-Kawthari [4]:
"إِنَّ الْقَوْلَ بِإِثْبَاتِ الْجِهَةِ لَهُ تَعَالَى كُفْرٌ عِنْدَ الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ هُدَاةِ الأَمَّةِ كَمَا نَقَلَ عَنْهُمُ الْعِرَاقِيُّ عَلَى مَا فْيْ شَرْحِ الْمِشْكَاةِ لِعَلِيِّ الْقَارِيِّ".
Maksudnya:
"Sesungguhnya pendapat yang menetapkan
arah bagi Allah taala itu adalah suatu kekufuran di sisi para imam yang empat
yang menjadi pemimpin hidayah umat sebagaimana yang dinukilkan oleh al-`Iraqi
berdasarkan apa yang ada di dalam kitab Syarh al-Misykat oleh (Mulla) `Ali
al-Qari."
[1] Ibn Hajar al-Haythami(t.t), al-Minhaj
al-Qawim `ala al-Muqaddimah
al-Hadramiyyah, Damsyik: Mua’assasah `Ulum al-Qur’an, h. 224.
[2] Mulla `Ali al-Qari(t.t), Mirqat
al-Mafatih Sharh Mishkat al-Masabih, Beirut: Dar al-Fikr, j. 3, h. 300.
[3] Mulla `Ali al-Qari(t.t), Sharh al-Fiqh
al-Akbar, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 272.
[4] Al-Kawthari(t.t), Maqalat al-Kawthari,
Riyadh: Dar al-Ahnaf, h. 321.
by. (Suntingan ustaz fadhir Azwir) [yma]
Post a Comment